Monday, March 26, 2012

ketahui URL gambar

Apabila menguruskan sesebuah blog, tidak akan terlepas untuk meletakkan gambar. Mungkin tujuan untuk meletakkan gambar adalah pelbagai, tetapi perkara penting untuk diketahui adalah url gambar. Url gambar boleh dikatakan sebagai 'alamat' kepada sesebuah gambar.

Sebagai contoh, untuk gambar ini, urlnya adalah ini http://3.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/S7jQoxh5CBI/AAAAAAAAENA/UZiN0WCeDpE/blog+tutorial+bahasa+melayu.PNG

Walaupun anda boleh mengupload gambar menggunakan kaedah yang sudah tersedia, tetapi ada kalanya anda memerlukan url bagi sesebuah gambar terutamanya apabila melibatkan trick yang hendak diletakkan pada blog.

Persoalan asas, bagaimana untuk mengetahui url bagi sesebuah gambar yang sudah tersedia dalam laman web.

Sebagai contoh gambar tadi, bagaimana untuk mendapatkan urlnya.
Disini diletakkan cara yang digunakan untuk beberapa browser yang berbeza.

Caranya mudah, pada gambar yang anda kehendaki dalam sesebuah laman web, right click pada gambar tersebut dan pilihan ada berbeza seperti yang ditunjukkan di bawah.

FIREFOX

Cara dapatkan url gambar

GOOGLE CHROME
Cara dapatkan url gambar

OPERA
Cara dapatkan url gambar

SAFARI
Cara dapatkan url gambar

INTERENT EXPLORER
(agak leceh sedikit kerana ada dua step)
Cara dapatkan url gambar


Cara dapatkan url gambar


-----------------------------
anda boleh cuba samada berjaya dengan masukkan url gambar dalam kod ini kemudian test pada ruangan post entri anda.
<img src="Masukkan URL gambar disini" />


p/s: perlu diberi perhatian ada sesetengah laman web yang anda tidak boleh copy gambar-gambar mereka seperti fotography dan lain². Tetapi rasanya kebanyakan tiada masalah asalkan mendapat kebenaran daripada empunya.

0 comments:

Post a Comment