Apabila memasuki dunia blogging, antara perkara yang tidak dapat
dielakkan adalah untuk menghias blog sendiri. Terdapat beberapa cara
untuk menghias blog samada menukar template, memasang widget yang telah
disediakan oleh blogger.com ataupun meletakkan sumber² lain dari luar
yang biasanya melibatkan kod html/javascript.
Selain untuk menghias blog, kod html/javascript juga mempunyai fungsi² lain bergantung kepada tujuan apa kod itu dihasilkan.
Penambahan
yang ingin dilakukan biasanya akan melalui perkara yang sama iaitu kod
yang diperolehi perlu di 'paste'kan di ruangan html/javascrip.
Tutorial ini akan menunjukkan bagaimana hendak meletakkan kod html/javascript bagi sesebuah blog.
1) Login ke dalam blog anda seperti biasa. Kemudian dari 'dashboard', klik 'Design'
UPDATE: untuk template terbaru, klik pada DESIGN
2)Setelah
anda klik 'design', dia akan auto masuk bahagian 'page element'.
Kemudian pada 'page element' anda itu, klik pada 'add a gadget'
3)Selepas itu anda akan lihat banyak senarai yang ada, cari "HTML/javascript", kemudian klik pada "+"
4)Satu
paparan kosong akan dibuka, kemudian paste code yang anda mahu letak
dalam blog ke dalam ruangan kosong. kemudian tekan "save"
5)Siap. Anda boleh lihat hasilnya dengan klik preview.
Anda juga boleh mengubah kedudukan code itu dengan hanya drag pada
mana² kawasan page element itu.Apabila anda sudah puas hati, klik 'save' untuk kekalkan kedudukan.:).
0 comments:
Post a Comment