Cara penghasilan entri dalam blog merupakan element yang perlu
dititikberatkan untuk menaip dalam blog. Walaupun blog tidak mempunyai
format untuk menaip seperti mana karangan bahasa melayu, tetapi cara
menghasilkan entri dalam blog penting untuk mencerminkan bagaimana
pemilik blog menguruskan blog sendiri.
Cara
menaip yang bagus juga akan memastikan pengunjung blog anda akan
tertarik kepada blog anda, ditambah pula dengan faktor-faktor lain.
Boleh dikatakan, cara menaip dalam blog antara perkara yang tidak boleh
dipandang enteng oleh pemilik blog.
Apakah cara/bagaimanakah kandungan blog yang sepatutnya untuk menaip sesebuah entri?.
1. Perenggan
Ini
sebenarnya antara perkara yang paling penting semasa menaip sesuatu
dalam blog. Tidak kiralah samada blog berbentuk peribadi, maklumat,
perkongsian, pengalaman atau apa sahaja. Perenggan akan memudahkan
pengunjung blog anda membaca apa yang anda hendak sampaikan. Dan juga
mempengaruhi pemahaman untuk sesebuah entri.
Ini
adalah perenggan kedua. Tengok untuk taip point ini pun perenggan di
buat untuk memudahkan anda membaca bukan.?.:). Bayangkan kalau sesebuah
entri itu mempunyai ayat yang berterusan 1000 patah perkataan, tidak ke
letih mata melihatnya. Hendak membaca pun boleh jadi tiada mood.:).
Lagipun karangan masa sekolah pun diajar untuk buat perenggan, jadi
kenapa tidak aplikasikan dalam penulisan blog.:)
2. Perkataan.
Perkataan
juga memainkan peranan dalam menghasilkan sebuat entri yang baik.
Pastikan kalau bleh anda menggunakan perkataan bahasa baku sebanyak
mungkin dan penting juga perkataan yang anda gunakan mudah difahami oleh
pengunjung. Sekali sekala tiada masalah kalau hendak guna short form
atau perkataan meleret. Tapi kalau selalu sangat, hendak membaca pun
tergeliat lidah hendak menyebutnya.
Contoh,
Sayeeerr sukerr sangat tawww...Kalau ayat macam ini diletakkan untuk
dialog ok lagi. Kalau sepanjang-panjang entri perkataan macam ini, sakit
juga hendak membaca.:). tujuan menghasilkan entri juga untuk memudahkan
kefahaman kepada pengunjung blog. Contoh walaupun anda seorang doctor,
takkan semua entri hendak guna bahasa saintifik je kan. Lainlah kalau
pengunjung blog anda semuanya doktor.:)
3. Entri jangan terlalu panjang.
Mungkin
anda seorang yang begitu hebat mengarang. Tetapi kehebatan anda
mengarang sehingga sehari tanpa henti bukan petunjuk yang baik kepada
pengunjung anda. Pembaca juga akan merasa bosan jika entri yang
dihasilkan terlalu panjang. Lagi satu, jika entri terlalu panjang,
kemungkinan untuk melalut (lari dari tajuk entri) juga boleh berlaku.
Oleh
itu biarkan entri anda bersesuaian untuk dibaca, mungkin ambil masa 5
minit berbanding anda menghasilkan entri yang memerlukan 1jam untuk
habiskan.:).
Tetapi, jika memang anda anda perkara bagus atau penting
untuk diberitahu pengunjung, boleh dijadikan dalam beberapa bahagian
entri. seperti part 1, part 2 dan seterusnya. Itu akan lebih selesa di
baca berbanding satu entri yang terlalu panjang.
Adakah anda juga perasan entri ini baru sahaja untuk part 1.?.:)
-------------------------------------------
Menaip
entri dengan cara yang betul untuk mengekalkan blog anda lebih kepada
mesra pengunjung. Kecualilah kalau blog anda tu anda baca seorang
sahaja.:)
Dan tunggukan untuk next entri untuk tips menaip entri dalam blog untuk part 2.:)
Happy blogging.:)
Note: Entri asal ditaip diblog unwanted86.blogspot.com.
0 comments:
Post a Comment